Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Team Spirit juara RM75 juta, Pemain Malaysia bawa pulang RM 4.2 juta

ROMANIA, 18 Okt: Kejohanan The International 2021 (TI10) bagi pemain e-Sukan kompetitif , Dota 2, menutup tirai pada hari ini dengan menyaksikan Team Spirit dari Eropah Timur muncul juara dengan membawa wang kejohanan berjumlah RM75 juta (AS$40juta).

Gambar: Team Spirit juara membawa wang berjumlah RM75 juta (AS$40juta) (Kredit: Team Spirit)


Team Spirit yang dibarisi oleh Yatoro (Illya Mulyarchuk), TORONTO TOKYO (Alexander Khertek), Collapse (Magomed Khalilov), Mira (Miroslaw Kolpakov), Miposhka (Yaroslav Naidenov) menewaskan pasukan PSG.LGD 3-2.


Manakala lawannya adalah pasukan jemputan dari Dota Pro Circuit, PSG.LGD, yang dibarisi oleh Ame (Wang Chunyu), Faith_bian (Zhang Ruida), XinQ (Zhao Zixing), y` (Zhang Yiping) dan wakil tunggal dari Malaysia NothingToSay (Cheng Jin Xiang).

Gambar : Dua pasukan berentap pada perlawanan akhir (Kredit: Dota2)


Team Spirit mendahului dua perlawanan sebelum pasukan PSG.LGD melakukan ‘comeback’ terikat seri 2-2. Namun, segalanya terlerai pada perlawanan ke-5 apabila Team Spirit melakukan kejutan kurang daripada 40 minit perlawanan terakhir melengkapkan kemenangan bersejarah pasukan ‘underdog’ itu.


Walau bagaimanapun, Pasukan PSG.LGD tetap membawa pulang RM21 juta (AS$5.2 juta) menyaksikan pemain e-Sukan professional Malaysia Cheng Jin Xiang membawa sekurang-kurangnya RM 4.2 juta (AS$1.04juta).


Dengan jumlah hadiah wang terkumpul bernilai RM167 juta (AS$40juta) yang dipertandingkan, kejohanan terbesar e-sukan ini berlangsung di stadium Arena Nationala, Romania ini menyaksikan 18 pasukan dari seluruh dunia berentap untuk memperoleh wang kejohanan berserta piala Aegis of Champions.

Gambar: Piala Aegis of Champion

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan