Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Muzium Budaya Borneo dijangka dibuka pada suku pertama 2022

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Okt : Muzium Budaya Borneo yang baru dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang suku pertama tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, muzium tersebut sepatutnya  dibuka pada akhir tahun lalu, tetapi pandemik COVID-19 telah memaksa rancangan tersebut ditunda.

“Sepatutnya dirasmikan hujung tahun lepas,”

“Tapi ekoran dengan COVID-19 ia telah ditunda, jika akhir tahun ini, kita mungkin tidak dapat,”

“Mungkin suku pertama tahun depan saya rasa. Mudah-mudahan saya dapat melakukannya pada waktu itu,” tambahnya.

Abdul Karim berkata, muzium tersebut seharusnya diperluas bagi menampung kemasukan lebih ramai pengunjung.

Selain itu, beliau turut berkata lebih banyak masa diperlukan bagi pembukaan muzium kerana bahan-bahan seperti artifak dan spesimen perlu dibawa masuk terlebih dahulu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan