Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM200,000 untuk naik taraf Gereja Methodist Tudan

MIRI, 17 Okt : Gereja Methodist Tudan Miri telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000 dari Unit Untuk Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi tujuan pembesaran dan menaik taraf pusat pembelajaran di gereja tersebut.

Penyerahan cek telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, kepada Jawatankuasa Eksekutif Gereja Methodist Tudan Miri.

Menurut Lee, untuk tahun ini sahaja, UNIFOR telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi menyediakan kemudahan rumah ibadat kepada pelbagai agama di Sarawak.

“Meskipun jumlah peruntukan yang diberikan menerusi UNIFOR tidak cukup untuk memenuhi semua permohonan, namun Kerajaan Sarawak tetap membantu rumah-rumah ibadat di Sarawak mengikut keperluan mereka.

“Malah, sebagai wakil rakyat kepada komuniti pelbagai kaum dan kepercayaan, kita harus berkhidmat untuk semua tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama agar perpaduan, keharmonian, keamanan, ketenteraman, kestabilan serta konsep keluarga Sarawak dapat dikecapi,” ujarnya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Turut menyaksikan penyerahan cek tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Gereja Methodist Tudan, Reverend Tan Chung Kiat, dan Winnie Anak Renang. – TVS

Tags: #bm, unifor

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan