Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Perang’ Khairy Jamaluddin dengan antivaksin berterusan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Okt : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini meneruskan ‘perang’ yang dilancarkan beliau terhadap kumpulan antivaksin semalam.

Menerusi hantaran di instastory akaun Instagramnya, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan ‘anti -vaxxers‘ kini telah meningkatkan usaha mereka untuk memburukkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Kumpulan berkenaan yang menggunakan aplikasi Telegram mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu menggunakan kaedah syirik iaitu memakai empat tangkal pada tangan kirinya serta mengaitkan dengan jin untuk melindungi diri.

Secara sinis, beliau berkata, kumpulan berkenaan ‘tersalah’ mengenalpasti ‘jin’ yang digunakan oleh beliau.

” Salah, saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac dan CanSino,” katanya.

Semalam, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyukarkan kehidupan golongan yang enggan divaksin termasuklah mewajibkan mereka melakukan ujian calitan secara berkala dan menanggung sendiri kos selain tidak dibenarkan makan di restoran.

Beberapa hari sebelum itu, beliau turut mengarahkan kementerian membuat laporan polis terhadap individu -individu tertentu yang membuat fitnah terhadap program vaksin.

Kenyataan ‘keras’ Khairy Jamaluddin semalam menerima kecaman kumpulan yang tidak vaksin malah turut diselar oleh seorang selebriti tempatan yang dikatakan masih belum mendapat suntikan pelalian berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan