Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN12 akan diadakan atas perkenan Agong

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 16 Okt: Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak bergantung kepada persetujuan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Perkara ini akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, setelah berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri.

“Ini bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Masjid Mutiara Iman di Taman Sepakat Jaya 2, Demak Laut hari ini.

Katanya terdapat dua perkara penting yang perlu dilakukan sebelum (PRN) Sarawak ke-12 boleh diadakan.

Salah satunya adalah Proklamasi Darurat Sarawak 2021 yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa sehingga 2 Februari 2022 disingkatkan atas perkenan Seri Paduka jika diperlukan.

Pada 31 Julai lepas, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat Sarawak mulai 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan berikutan wabak COVID-19 yang kritikal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan