Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan tidak ganggu siasatan Kertas Pandora – Ismail Sabri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Kertas Pandora.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan tidak akan menyekat tindakan pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Dalam negara, kita terbuka kalau didapati ada kes terhadap sesiapa sahaja pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan, kita terbuka dan serah pada pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baca semua laporan, berita yang dikeluarkan, terserah pada mereka, kita tidak menyekat,” katanya pada sidang media selepas meninjau Perumahan Awam Seri Perak di sini hari ini.

Isnin lepas, Dewan Rakyat kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa tokoh terkemuka negara.

Usul itu dibawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-BERNAMA

Tags: #bm, pandora

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan