Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Individu berisiko tinggi digesa ambil dos ketiga dan dos penggalak Covid-19

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Okt : Individu dari golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas digesa untuk mengambil dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 secepat mungkin.

Menurut Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, individu yang belum dimaklumkan tarikh temu janji disarankan mendapatkan tarikh masing-masing di mana-mana klinik swasta di Sarawak.

“Sarawak telah memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Pfizer pada 13 Oktober lepas.

“Mereka dari golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas diminta untuk mendapatkan dos masing-masing dalam masa terdekat.

“Ini boleh dilakukan di klinik-klinik swasta berdekatan tempat tinggal masing-masing,” katanya dalam perkongsian laman Facebook rasminya, pada Sabtu.

Tambah Dr Sim lagi, orang ramai boleh menghubungi talian hotline di 082-473276 atau 082-473345.

Dalam perkongsian sama, waktu operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Untuk rekod, sejumlah 210,600 dos penggalak COVID-19 jenis Pfizer BioNTech daripada Belgium telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 11 Oktober yang lalu.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memaklumkan suntikan dos ketiga akan diberikan kepada 11,900 individu disasarkan daripada golongan ‘immunocompromised’ atau mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan.

Pemberian dos ketiga ini boleh diberikan selang tempoh sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua.

Sebelum ini, Sarawak telah diberi kepercayaan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk melaksanakan pemberian suntikan dos penggalak pertama sekaligus menjadi perintis untuk program berkenaan di seluruh negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan