Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan lelaki edar 388 karton rokok seludup di Batu Pahat

BATU PAHAT, 15 Okt — Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup di sekitar kawasan Parit Raja, Batu Pahat dengan tertangkapnya seorang lelaki warga tempatan dan merampas 388 karton rokok tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM80,587.80 pada pukul 8 pagi, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Dimin Awang berkata turut dirampas daripada suspek berusia 59 tahun itu ialah kereta Proton Wira yang dipercayai digunakan bagi aktiviti mengedar rokok berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata antara jenis rokok yang dirampas ialah 100 karton rokok jenama JDB 20 batang; 38 karton U2 20 batang; 33 karton Canyon Menthol 20 batang; 17 karton John Kelabu 20 batang dan lapan karton John White 20 batang.

“Turut dirampas adalah 60 karton rokok jenama Canyon Premium 20 batang; 50 karton Surya 16 batang; 21 karton Surya 12 batang: 41 karton Nusantara Menthol Mild 12 batang; 11 karton D&J Ice Plus 20 batang dan sembilan karton Canyon Blast 20 batang,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki bertanggungjawab membekalkan rokok tidak bercukai di kedai-kedai runcit sekitar kawasan Parit Raja.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967, katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan