Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 15 Okt -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika sidang media selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Wisma Bapa Malaysia hari ini. ?-- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Peruntukan RMK12 untuk Sarawak masih rendah – Abang Johari

KUCHING, 15 Okt : Kerajaan Sarawak menyifatkan peruntukan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi tujuan mengurangkan jurang pembangunan sebagai satu jumlah yang masih masih rendah.

Susulan itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata wujud keperluan bagi mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk negeri.

“Fokus Ketujuh RMK-12 Nasional adalah ‘Meningkatkan Pembangunan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri yang Tidak Berkembang’.

“Namun, peruntukan sebanyak RM4.47 bilion hanyalah 6.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan negara di bawah RMK-12.

“Jumlah ini tidak cukup untuk mempercepat dan merapatkan jurang pembangunan sekiranya kita hendak mengambil kira faktor keluasan geografi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) Datuk Hanifah Taib mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Jumaat.

Dalam perbincangan mengenai peruntukan negara, pihaknya telah menekankan hasil perkongsian hendaklah seimbang yang mana secara langsung memperakui status Sarawak sebagai rakan setara.

Bukan itu sahaja, malah ia termasuklah sumbangan negeri kepada hasil pendapatan Persekutuan melalui sumber asli Sarawak dan hasil yang diterima daripada cukai yang berasal dari negeri ini.

Tags: #bm, RMK-12

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan