Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan pertimbang buka sempadan negara secara selamat – Muhyiddin

ByBernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan membuka sempadan negara secara selamat, dengan membenarkan pelawat asing dari negara tertentu yang telah lengkap divaksin untuk memasuki negara ini tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, berikutan perkembangan positif indikator COVID-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia melalui program pengiktirafan bersama sijil vaksin seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negara lain.

Jelasnya perkara itu antara yang dimaklumkan dalam mesyuarat MPN yang berlangsung hari ini.

“Ini satu perkembangan positif dalam proses pembukaan sempadan negara yang saya pasti akan merancakkan semula kegiatan ekonomi terutamanya sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa, peruncitan dan lain-lain, di samping mempermudahkan urusan pelawat perniagaan dan pelawat sosial,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau telah diberi taklimat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan berpuas hati dengan perkembangan dicapai, khususnya dari segi penurunan kes positif harian, penggunaan katil wad unit rawatan rapi bagi merawat pesakit COVID-19 dan kadar vaksinasi populasi dewasa yang tinggi pada masa ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan