Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kementerian Kesihatan buat laporan polis terhadap kumpulan antivaksin

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Kementerian Kesihatan telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan maklumat palsu sehingga mengancam kesihatan awam.

Menterinya Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau berharap, tindakan susulan termasuk siasatan dan pendakwaan dapat disegerakan.

“Kumpulan ini (antivaksin) terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” kata Khairy sambil menyertakan pautan Twitter seorang pengamal perubatan Dr Sakinah Sulong.

Dr Sakinah dalam Twitter tersebut menulis : “Am I the only one yang rasa antivaccine group kat Malaysia ni kebal-sekebalnya?”.

Beliau turut melampirkan tangkap layar aplikasi Telegram yang didakwa sebagai kumpulan antivaksin.

Dalam satu lagi ciapan, Khairy memaklumkan sehingga semalam sejumlah 5,410 dos penggalak telah diberikan, terutamanya kepada petugas perubatan barisan hadapan.

“Warga emas akan mula menerima dos penggalak mereka di klinik GP (pengamal perubatan) tidak lama lagi,” katanya.

Pada Rabu Khairy berkata kementeriannya akan mula memberikan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas barisan hadapan yang telah melengkapkan vaksinasi mereka sekurang-kurangnya enam bulan lepas.

Individu yang layak akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, sementara kepada mereka yang tidak mempunyai MySejahtera, pengumuman akan dibuat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon daripada pusat vaksinasi.

Pemberian dos penggalak akan dijalankan secara sukarela dan ia percuma di bawah Program Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan tempoh perlindungan yang optimum kepada penerimanya di Malaysia.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan