KUALA LUMPUR, 15 Okt — Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.2 peratus atau 21,355,550 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95 peratus populasi dewasa atau 22,247,174 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Semalam, sejumlah 206,418 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,458,672.
Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 17.5 peratus atau 551,972 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 76.7 peratus atau 2,416,010 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.
— BERNAMA