Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Elavarasan teruja lihat kemampuan pemain

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan teruja melihat kemampuan keseluruhan pemain yang berjaya menggalas tanggungjawab dengan cemerlang dalam kempen TM Piala Malaysia 2021 biarpun kehilangan beberapa tonggak utama.

Ketiadaan Sharbinee Allawee, Mohd. Amer Saidin dan Badrul Affendy Mohd Fadzli yang digantung perlawanan tidak memberikan kesan kepada persembahan Sarawak United.

Menurut Elavarasan, situasi itu menunjukkan kualiti pemain yang setara antara skuad utama dan simpanan sekaligus menjadikan persaingan yang sihat di dalam pasukan.

“Selain ada membuat sedikit perubahan taktikal, saya sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemain yang mengambil tempat tonggak utama.

“Stuart Wark dan Khair Jones membuktikan pengalaman yang mereka ada boleh membantu pasukan apabila berjaya membantu di barisan pertahanan selepas ketiadaan Amer dan Badrul, begitu juga Shaiful Wazizi selaku penjaga gol.

“Saya harap situasi ini berterusan kerana akan berikan banyak kebaikan kepada pasukan bagi hadapi saingan Piala Malaysia selain bukti semua pemain sebenarnya punyai kualiti setara bagi membantu pasukan,” katanya.

Selepas digantung tiga perlawanan, khidmat Amer Saidin sudah boleh dipertaruhkan bagi hadapi Kuala Lumpur City FC pada 30 Oktober di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur manakala Badrul Affendy masih digantung satu lagi perlawanan.

Sharbinee yang digantung lima perlawanan, perlu menghabiskan baki dua perlawanan dan hanya boleh diturunkan pada aksi kelima peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, Elavarasan berkata, dia berasakan pemain-pemain Sarawak United perlu segera bersiap sedia dari segi mental dan fizikal selepas dengan apa mereka pamerkan pada dua perlawanan pertama TM Piala Malaysia.

Tambahnya, setiap pasukan yang berada dalam Kumpulan A pasti akan lebih banyak melakukan kerja rumah terhadap kekuatan serta kelemahan Sarawak United.

“Tempoh rehat selama sebulan ini akan pasti memberikan banyak perbezaan terhadap persembahan mana-mana pasukan kerana prestasi dari dua perlawanan sebelum ini sudah tidak boleh diambil kira.

“Semua pasukan pasti akan melakukan banyak penambahbaikan setelah melihat apa yang terjadi dalam perlawanan sebelum ini.

“Sarawak pasti akan diberi perhatian oleh pesaing-pesaing kami apabila kami berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan yang dilalui, jadi kami perlu berhati-hati,” katanya. – MFL

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan