Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga individu termasuk dua warga asing didakwa edar dadah

IPOH, 14 Okt — Tiga individu termasuk dua warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah minggu lepas.

Tertuduh lelaki warga India Narayanan Loganathan, 42, wanita warga Indonesia Puteri Adelia, 21, dan wanita tempatan M. Hemamalani, 26, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mengikut kertas pertuduhan, Narayanan didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 62,000 gram di sebuah rumah di Bandar Lahat Mines di sini kira-kira 5.15 petang, 4 Okt lepas.

Lelaki yang bekerja di kedai runcit itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Puteri Adelia dan Hemamalani yang tidak bekerja pula didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas mengedar dadah jenis pil Yaba seberat 161 gram di sebuah rumah lain di Bandar Lahat Mines di sini kira-kira 5.30 petang hari yang sama.

Pertuduhan ke atas kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut seksyen sama dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dengan Narayanan serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam R. Raja Segaran.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menunggu laporan kimia.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan