KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjugan hormat daripada Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh bertempat di pejabatnya di sini pada Khamis.
Kunjungan hormat itu merupakan kunjungan pertama pengerusi Petronas berkenaan sejak dilantik pada bulan Ogos yang lepas menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.
Mohd Bakke sebelum ini pernah menerajui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebagai Pengerusi dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Penagrah Urusan Sime Darby Plantation Berhad (SDP).
Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan ahli Lembaga Pengarah Petronas, Dato Ibrahim Baki.
Terdahulu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan cenderamata kepada pengerusi Petronas,Tan Sri Dato Sri Mohd Bakke Saleh pada kunjungan hormat di Wisma Sumber Alam pagi tadi.