Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga wanita terselamat apabila kereta dinaiki bertembung lori polis

Keadaan lori polis yang telah bertembung dengan Perodua Viva

MUKAH, OKTOBER 13: Sebuah lori milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Daerah Dalat terlibat dalam sebuah kemalangan ketika bertembung dengan sebuah kereta dinaiki tiga orang wanita.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, kemalangan berlaku apabila lori yang dinaiki dua pegawai polis itu bergerak dari arah Dalat menuju ke arah Balingian pada pagi Rabu.

“Setibanya di Kilometer 4 Simpang Jalan Bakti lori tersebut telah bertembung dengan kereta Perodua Viva yang bergerak dari arah bertentangan dan secara tiba-tiba membelok memasuki simpang Jalan Bakti,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat pertembungan itu pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan ringan dan segera dihantar ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut.

Tambahnya pegawai polis IPD Dalat terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaiamanapun kereta perodua Viva mengalami remuk di bahagian depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan