Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tentera maut, tembak diri menggunakan Colt M4 Carbine

KUCHING, 13 OKT: Seorang anggota tentera maut dipercayai menembak dirinya selepas dia dikatakan mengamuk dengan melepaskan beberapa das tembakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, lelaki terbabit menggunakan senjata dipercayai Colt M4 Carbine yang turut mencederakan ibu mentuanya di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah Jalan Matang di sini.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun tiba di lokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian perihal rumahtangga.

Namun, suspek kemudian bertindak melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah di bahagian ruang tamu dan dapur.

“Sisatan awal mendapati suspek sorang lelaki tempatan berumur 28 tahun bertugas sebagai askar telah tiba di lokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian rumahtangga dengan isteri suspek yang mana masih dalam proses penceraian.

“Semasa dalam perbincangan, suspek telah marah dan mengambil senjata jenis Colt M4 Carbine yang disimpan dalam kereta suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam kejadian tersebut, ibu mertua suspek yang berumur 58 tahun turut terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan