Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Arthur Joseph Kurup
Arthur Joseph Kurup

Projek Pan Borneo fasa satu siap 71 peratus

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak fasa satu dari Sematan ke Miri kini siap 71 peratus.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia antara pembinaan 10 pakej kerja termasuk pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada Januari 2019.

“Wabak COVID-19 banyak memberi kesan ke atas kemajuan kerja dan kos pembinaan projek LPB Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya pada September 2022.

“Sehubungan itu, pelbagai pelan mitigasi sedang dilaksanakan antara lainnya penyelarasan semula jadual pembinaan dan lanjutan masa (Extension of Time -EOT) bagi memastikan kelancaran serta kelangsungan projek ini,” katanya pada persidangan Dewan Negara pada Rabu.

Menjawab kepada soalan Senator Dr Nuing Jeluing yang bertanyakan mengenai status terkini pembinaan projek berkenaan memandangkan terdapat masalah disebabkan pandemik COVID-19.

Untuk itu katanya, Kementerian Kerja Raya telah mengambil langkah proaktif memantau prestasi kemajuan projek berkenaan dengan berterusan serta melakukan sesi libat urus bersama kontraktor dan perunding yang terlibat.

“Ini untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan mitigasi dan penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek LPB Sarawak,” katanya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan