Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PGA7 rampas 2,300 botol cecair vape bernilai RM230,000 di Sungai Golok

PASIR MAS, 13 Okt — Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 2,300 botol cecair vape bernilai RM230,000 menerusi Op Benteng COVID di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang, hari ini.

Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata sepasukan anggotanya yang melakukan rondaan bermotosikal telah terserempak dengan dua lelaki di pangkalan haram Tebu pada 4 pagi tadi dan intipan kemudian mendapati kedua-duanya sedang memunggah beberapa kotak dari pangkalan haram itu ke dalam sebuah bot berhampiran tebing Sungai Golok.

“Melihat keadaan itu, anggota PGA7 bertindak menghampiri tebing sungai yang menyebabkan dua lelaki tersebut bergegas melarikan diri dengan bot menyeberangi Sungai Golok ke negara jiran.

“Anggota PGA7 membuat pemerhatian dan mengawasi kawasan pangkalan haram tersebut namun tiada mana-mana individu datang menuntut kotak tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemukan enam kotak dengan di dalamnya mengandungi 2,300 botol berisi cecair vape pelbagai perisa yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

“Hasil siasatan mendapati barangan itu (cecair vape) dikumpulkan di kawasan tebing sungai berhampiran pangkalan haram itu sebelum diseludup ke negara jiran.

“Barangan rampasan akan diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan