Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelajar menemukan mayat lelaki di Mukah

MUKAH, 13 Oktober : Seorang lelaki 31 tahun ditemukan mati di Pantai Jebungan Mukah pada jam 5.50 petang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Rizal Alias berkata lelaki berkenaan ditemukan seorang pelajar bersama adiknya sewaktu berehat di Pantai Jebungan Mukah.

“Apabila diperiksa lelaki berkenaan tidak bergerak dan pelajar tersebut segera meminta pertolongan saudaranya untuk menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan awal Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat telah dibawa ke Hospital Mukah dan disimpan di Rumah Mayat Hospital Mukah untuk tindakan bedah siasat pada Rabu.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan telah berkahwin, mempunyai seorang isteri dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Percakapan saksi turut dirakam. Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR) dan kes masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan