Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPWKM bantu KKM sedia SOP tempat kuarantin kanak-kanak dijangkiti Covid-19

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tempat kuarantin kanak-kanak dan perkhidmatan kepada golongan itu yang dikuarantin akibat jangkitan COVID-19.

Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata lima SOP Bagi Pengurusan Kanak-kanak Positif atau Kontak Rapat Pesakit COVID-19 disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan.

SOP itu antaranya Pengurusan Kanak-kanak Positif COVID-19 di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah) MAEPS Serdang, Pengurusan Penerimaan Kes Kanak-kanak Positif COVID-19 di Pusat Kuarantin Kanak-kanak di PKRC dan Pengurusan Kes Kanak-kanak Kontak Rapat Pesakit COVID-19 di Pusat Isolasi Pusat Jagaan Tanpa Penjaga.

“Perkhidmatan sokongan disediakan pula antaranya peralatan bantuan bagi menjalankan sesi kaunseling di Pusat Kuarantin Khas Kanak-kanak PKRC MAEPS dan program kaunseling yang akan dijalankan kaunselor KKM,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu sama ada kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan pusat kuarantin khas untuk kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 bagi memastikan isu kebajikan dan perkembangan emosi sosial golongan itu tidak terjejas.

Selain itu, Siti Zailah berkata perkhidmatan disediakan adalah Intervensi Psikologi dan Kaunseling seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok dan terapi psikologi.

“Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi pula termasuk pengurusan tekanan dan trauma serta pertolongan cemas psikologi serta psikopendidikan, program psiko-spiritual dan art therapy,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan