Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim. Gambar BERNAMA.

Kanak – kanak perempuan Autisme meninggal dunia ditinggalkan dalam van

ByFirdaus Ismail

SEREMBAN, 13 Okt : Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lapan tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan selama tiga jam di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan  semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, polis menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran itu pada pukul 7.46 malam.

Katanya, siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan di Taman Nusari Aman oleh pemandu van yang berumur 34 tahun.

” Bagaimanapun, lelaki tersebut telah pulang ke rumah dan tidak sedar mangsa masih berada di dalam van berkenaan ketika tiba di rumahnya sekitar pukul 2.30 petang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd. Said, kanak -kanak berkenaan ditemukan tidak sedar diri pada pukul 5.30 petang.

Kematian mangsa disahkan oleh Hospital Tuanku Ja’afar dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Mohd Said memberitahu, polis telah menahan pemandu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan