Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Belanjawan 2022 Sarawak bantu komuniti perniagaan – Annuar Rapaee

SIBU, 13 Okt — Langkah kerajaan Sarawak mengemukakan Belanjawan Negeri 2022 dijangka mengalami defisit dijangka mengalami defisit RM610 juta akan memberi ruang kepada komuniti perniagaan untuk kembali pulih ketika negeri itu masih menghadapi pandemik COVID-19.

Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata sekiranya kerajaan Sarawak mengambil sikap berjimat cermat dalam perbelanjaannya pada tahun hadapan, tidak banyak projek akan dijalankan dan ini tidak akan mendatangkan manfaat kepada peniaga, kontraktor ataupun rakyat.

“Jadi bajet defisit pada kali ini adalah bertepatan, masa yang betul untuk dilaksanakan untuk memudahkan rakyat mendapat lebih banyak pendapatan. Sebab itu kerajaan berbelanja lebih,” katanya semasa mengulas belanjawan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semalam.

Abang Johari mengumumkan belanjawan berjumlah RM10.136 bilion bagi 2022 berikutan kerajaan negeri akan memberi tumpuan membantu rakyat dalam situasi kesan daripada pandemik COVID-19.

Unjuran pendapatan Sarawak daripada hasil bukan cukai kira-kira RM4 bilion menunjukkan negeri ini mempunyai kelestarian daripada segi ekonominya dan tidak bergantung secara langsung kepada pendapatan daripada hasil cukai, kata Annuar.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan