Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga asing cuba rempuh polis dalam operasi banteras dadah ditahan

KOTA KINABALU, 12 Okt —  Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan kearah tayar kereta yang dipandu seorang lelaki warga asing semasa dia cuba merempuh pihak berkuasa yang sedang menjalankan operasi mencegah penyalahgunaan dadah di Menggatal di sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abd Rakman berkata suspek berusia 20an itu cuba merempuh polis ketika melarikan diri dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi yang tular di media sosial dan polis terpaksa melepaskan tembakan kearah tayar kereta itu untuk mempertahankan diri.

Beliau berkata terdahulu ketika ditahan untuk pemeriksaan, suspek enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif.

“Pada mulanya lelaki itu dapat melarikan diri, bagaimanapun kenderaannya hanya mampu bergerak sejauh 120 meter dari tempat kejadian sebelum ditahan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau pemeriksaan lanjut menemukan dua paket plastik lut sinar berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar keseluruhan 100gram, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan