Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM1.15 juta rokok, arak seludup dirampas

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Okt: Sejumlah RM1.15 juta rokok dan minuman keras pelbagai jenama telah dirampas pihak polis dalam tiga serbuan berasingan secara besar-besaran di sekitar daerah Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Ahsmon Bajah berkata serbuan yang dijalankan antara 26 September hingga 6 Oktober 2021 itu adalah kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuching, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Sebanyak 3,682 kotak minuman arak keras dan 865,440 batang rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Tabuan Jaya hari ini.

Sebanyak 13 operasi besar-besaran telah dijalankan sejak Januari lalu dan membawa kepada penangkapan 20 individu iaitu 16 orang lelaki dan empat wanita berusia antara 20 hingga 58 tahun.

“Secara keseluruhannya, pelbagai rokok seludup dan minuman keras dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2.98 juta telah dirampas.

“Ini bermakna dari Januari hingga Oktober 2021, nilai rampasan keseluruhan berkaitan kontraband termasuk minuman keras dan rokok seludup yang tidak bercukai adalah sebanyak RM4.1 juta,” dedahnya.

Tambah Ahsmon, sudah ada kes yang telah dituduh dan terdapat juga yang masih dalam proses pendakwaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan