Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Piala Dunia 2022 adalah yang terakhir untuk saya – Neymar

Rio de Janeiro, 12 Okt: Bintang bola sepak Brazil, Neymar, memberi bayangan bahawa Piala Dunia di Qatar tahun depan adalah yang terakhir dalam karier bola sepaknya.

“Saya rasa ini akan menjadi Piala Dunia terakhir bagi saya. Saya menghadapinya seperti Piala Dunia yang lalu kerana saya tidak tahu adakah mental saya akan dapat bertahan dengan lebih banyak permainan bola sepak pada usia ini.” kata Neymar.

Penyerang kelab Paris Saint-Germain (PSG) itu memberi pengakuan tersebut ketika ditemuramah menerusi dokumentari “Neymar & The Line of Kings” oleh DAZN.

“Saya akan melakukan segala yang mungkin untuk sampai ke sana dengan baik,” tambahnya. “Saya akan melakukan semua yang saya mampu untuk memenangi Piala Dunia ini dengan negara saya dan merealisasikan impian saya yang terbesar sejak zaman kanak-kanak lagi.”

Pada perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu lalu, Neymar bermain dalam kesebelasan utama mencatat keputusan seri 0-0 dengan Colombia. Skuad Selecao mendahului carta dengan 28 mata selepas 10 perlawanan.

Neymar sebelum ini telah menjuarai Piala Konfederasi 2013, pingat emas di Olimpik Rio 2016 dan juga Copa America 2019 yang dimenangi di Stadium Maracanã, Brazil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan