BINTANGOR, 12 Okt: Seorang lelaki warga emas antara lapan lelaki ditahan polis kerana menyabung ayam dalam satu serbuan di sebuah rumah panjang di Jalan Tanjung Manis pada hari Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata kesemua yang berusia antara 33 hingga 63 tahun itu lari bertempiaran setelah menyedari kehadiran polis
“Polis merampas tiga bilah taji ayam, seunit penimbang, dua keping papan pertaruhan, empat ekor ayam mati dan seekor ayam hidup,
“Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962,” kata Sekam dalam satu kenyataan.
Menurut Sekam lagi, kesemua lelaki tersebut juga dikompaun RM1,500 setiap seorang atas Kesalahan Dibawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021.-TVS