Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Getaran Jiwa: Dua pemenang pada setiap minggu akan mara ke Separuh Akhir

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 12 OKTOBER: Program realiti terbitan TVS iaitu Getaran Jiwa akan mula bersiaran pada Jumaat, 15 Oktober ini.

Seramai tujuh peserta akan beraksi pada minggu pertama dan dua orang pemenang akan dipilih setiap minggu untuk layak ke pusingan separuh akhir.

Seramai 49 orang peserta akan bertanding pada konsert Getaran Jiwa manakala pada separuh akhir pula, seramai enam orang peserta akan dipilih untuk layak ke peringkat akhir.

Penyanyi kelahiran bumi kenyalang Norafizah Busman telah dipertanggungjawabkan sebagai juri dan beberapa orang juri jemputan yang akan memeriahkan lagi pertandingan ini.

Peserta-peserta Getaran Jiwa akan dinilai oleh juri-juri profesional sebanyak 70 peratus markah dan 30 peratus lagi adalah dari ‘Jiwa Juri’ yang terdiri daripada penonton.

Beberapa hari lepas kita dimeriahkan dengan konsert Irama dan Lagu yang menceritakan kisah perjalanan seni sinematik tokoh perfilman Allahyarham Tan Sri Pramlee yang menampilkan persembahan dari Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Fairuz Misran dan penyanyi-penyanyi dari bumi kenyalang yang diiringi oleh Sarawak State Symphony Orchestra (SONS).

Program Getaran Jiwa adalah sebuah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan bakat-bakat baru menerusi lagu klasik Allahyarham Tan Sri P.ramlee dan Puan Sri Saloma.

Getaran jiwa akan menampilkan Fir Affandi dan Mia Hassan sebagai pengacara.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan getaran jiwa pada setiap Jumaat melalui TVS di saluran Astro 122 dan MYTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan