Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Menteri Pelancongan Sarawak persoal rasional syarat kemasukan ke Sarawak, bimbang sektor pelancongan terjejas

KUCHING, 11 Okt: Sarawak seharusnya mengikuti keputusan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan rakyat yang sudah lengkap dua dos vaksin untuk memasuki Sarawak tanpa ada syarat yang khusus, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Semalam, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan kemasukan ke Sarawak masih mempunyai beberapa syarat kemasukan walaupun rentas negeri telah dibenarkan kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antaranya, individu yang hendak memasuki Sarawak haruslah membuat permohonan menggunakan aplikasi EnterSarawak dan membuat ujian calitan COVID-19 di Klinik Kesihatan atau di makmal kesihatan sebelum tiga hari tarikh kemasukan.

Menurut Abdul Karim, walaupun syarat tersebut adalah demi kebaikan semua, perkara tersebut mungkin menjadi penghalang untuk individu yang ingin datang ke Sarawak kerana dilihat menyusahkan dan melambatkan proses kemasukan ke Sarawak.

“Sekarang Kerajaan Persekutuan telah membenarkan rentas negara tanpa memerlukan pas perjalanan. Kenapa Sarawak masih melaksanakan syarat-syarat seperti ini?”.

“Sarawak tidak akan menerima pengunjung sekiranya peraturan seperti ini masih dikuatkuasakan,” ujarnya ketika sidang media selepas majlis pelancaran D’Drift 2021.

Tambahnya lagi, seharusnya kerajaan negeri melonggarkan peraturan kemasukan ke Sarawak bagi meningkatkan sektor pelancongan negeri Sarawak untuk tujuan mengukuhkan ekonomi negeri ini. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan