Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiket penerbangan mahal dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak

ByJas

KUCHING, 11 Okt: Harga tiket penerbangan domestik dilaporkan agak tinggi bagi individu yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong dilaporkan berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan bagi semua laluan penerbangan domestik.

“Buat masa sekarang, kekerapan penerbangan ke Sarawak berkurangan sebanyak 94 peratus manakala Semenanjung dan Sabah telah berkurangan sebanyak 89 peratus berbanding sebelum pandemik COVID-19,” katanya dalam menjawab soalan Lukisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai inisiatif mengurangkan harga tiket penerbangan ke Sarawak dan Sabah yang mahal semasa COVID-19 ini.

Beliau juga menyifatkan harga penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri dan Kuala Lumpur ke Sibu sebagai mahal antara RM 530 hingga RM 1,600 untuk penerbangan sehala.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan