Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak divaksin, Presiden Brazil dilarang tengok perlawanan bola sepak

MEXICO CITY, 11 Oktober — Presiden Brazil Jair Bolsonaro tidak dibenarkan masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Santos vs Gremio kerana tidak mempunyai sijil vaksinasi COVID-19.

“Mengapa perlu kad, pasport vaksinasi? Saya hanya ingin menonton perlawanan Santos dan mereka memberitahu saya yang saya perlu ambil suntikan vaksin. Kenapa pula?.

“Saya ada lebih banyak antibodi berbanding mereka yang sudah disuntik,” kata Bolsonaro.

Sebuah video perbualan Bolsonaro dengan akhbar di Guaruja, Sao Paulo, diterbitkan oleh Metropoles pada Ahad.

Menurut media tempatan, Presiden Brazil itu sedang bercuti di Sao Paulo.

Beliau pernah dijangkiti COVID-19 pada Julai 2020. Selepas menjalani kuarantin selama beberapa minggu, presiden itu juga dikatakan membantah sekatan pergerakan dan peraturan memakai pelitup muka.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan