Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada rekod dadah lampau, lelaki bakal ke tali gantung jika sabit

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Okt: Tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak positif dadah, namun seorang lelaki berusia 51 tahun mengedar dadah akhirnya dihidu pihak berkuasa yang bakal membawanya ke tali gantung.

Suspek ditahan pihak polis dalam satu serbuan di Jalan Green kira-kira jam 5 petang Sabtu, bersama 71.96 gram methamphetamine atau syabu yang bernilai RM7,196.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata hasil pemeriksaan ke atas pacuan empat roda yang dipandu suspek menjumpai sembilan paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu.

“Turut dirampas sebuah pacuan empat roda jenis Ford yang digunakan suspek ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan penemuan itu, siasatan kes akan dijalankan di bawah SEKSYEN 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam serbuan berasingan, seorang lagi lelaki telah ditahan di Bandar Baru Samariang sekitar jam 11 pagi pada Ahad, selepas pihak polis menjumpai empat paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dalam poket seluarnya.

“Dadah tersebut dianggarkan seberat 5.68 gram bernilai RM568,” tambahnya.

Hasil semakan mendapati suspek berusia 33 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau juga berkaitan narkotik dan suspek juga didapati positif dadah.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan