Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak sering menjadi pilihan sebagai lokasi penggambaran oleh produksi drama dan filem tempatan. Kredit gambar Instagram Tini Ahmad.

Pelakon lelaki ditahan kes dadah Kuala Kangsar

ByFirdaus Ismail

Kredit gambar Instagram Tini Ahmad.

KUALA LUMPUR, 11 Okt :Seorang pelakon lelaki yang sedang terlibat dalam penggambaran di Kuala Kangsar, Perak ditahan polis pagi semalam selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, tangkapan berkenaan dilakukan pada pukul 7.15 pagi selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan menyerbu sebuah rumah inap desa di Chandan Putri.

Ujarnya, tiga lelaki ditahan dan pemeriksaan dalam bilik suspek pertama telah menjumpai dadah jenis Cannabis seberat 1.15 gram dalam beg milik suspek.

“Hasil pemeriksaan di bilik kedua pula telah menjumpai dadah jenis sama seberat 0.30 gram di atas lantai manakala di bilik ketiga, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas sebanyak RM270,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Awal pagi tadi, media melaporkan tiga individu terdiri daripada seorang pelakon lelaki, penolong pengarah dan seorang pengarah ditahan di Kuala Kangsar, Perak selepas polis menyerbu sebuah kediaman dan menemui dadah.

Mengulas lanjut,Omar Bakhtiar berkata, ketiga -tiga suspek berumur dalam lingkungan 28 hingga 49 tahun dan salah seorang turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan kedua positif dadah jenis TCH dan suspek ketiga positif Methamphetamine,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seskyen 12(2A), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

” Mereka direman bermula 11 hingga 12 Oktober untuk siasatan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan