Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki maut, kereta terbalik

KAPIT, 11 Okt: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbalik dalam satu kemalangan berantai di Jalan Bleteh, Kapit kira-kira jam 4.20 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ting Hing Lee, 40, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kapit pada jam 6.15 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, kemalangan tersebut melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah SUV Lexus RX350 yang dipandu oleh mangsa.

Terdahulu, katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Sepasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi penyelamatan.

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Lexus dalam keadaan terbalik di tengah jalan dan pemandunya telah dikeluarkan oleh orang awam dan sedang dirawat oleh pegawai paramediks,” ujarnya.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha kiri dan mengalami pendarahan teruk manakala semua pemandu tiga buah kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya lagi, komander operasi kemudian mengarahkan anggota EMRS membantu pihak hospital.

Selesai rawatan awal di lokasi mangsa telah di bawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Pihak kami hanya membersihkan permukaan jalan bagi membuang serpihan kaca dan minyak untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya lagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.23 petang. – TVS

Tags: #bm, Kapit

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan