Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Empat juta kenderaan dijangka guna lebuh raya pada hujung minggu dan cuti umum

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Okt : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik akan meningkat kepada empat juta kenderaan sehari pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Oktober depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Shuhaimi Hassan berkata, ketika ini jumlah trafik harian yang dicatatkan ialah sebanyak 3.5 juta kenderaan.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan kelancaran trafik, LLM telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk menjadualkan semula pelaksanaan kerja -kerja penyelenggaran dan mengelakkan penutupan lorong.

” Arahan ini terutamanya membabitkan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Kajang Seremban semasa cuti hujung minggu dan cuti umum bagi mengelakkan kesesakan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, persediaan rapi juga perlu dilakukan di plaza tol bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan semasa melakukan transaksi.

” Selain itu, syarikat pengendali lebuh raya juga diarahkan supaya membuat persiapan bagi memastikan semua kawasan rehat dan rawat serta hentian sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan baik dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM(),” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan