Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVIDNOW: Lebih 21 juta individu dewasa lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 11 Oktober — Sebanyak 21,073,482 atau 90 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi (10 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan data menerusi portal COVIDNOW itu juga,  94.8 peratus atau 22,185,520 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Setakat semalam juga sebanyak 231,174 atau 7.4 peratus individu golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 72.2 peratus atau 2,271,858 individu golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 129,518 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 97,586 suntikan dos lengkap dan 31,932 menerima suntikan dos pertama menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 45,650,714.

Sementara itu, tiada kes kematian harian direkodkan akibat COVID-19 semalam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri bermula hari ini bagi individu lengkap vaksin susulan nilai sasaran kadar vaksinasi bagi golongan dewasa dalam negara kini sudah mencapai 90 peratus. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan