MIRI, 11 Oct : Seramai 15 penghuni terjejas dan hilang tempat tinggal selepas sebuah rumah kayu milik mereka terbakar di Kampung Melayu, Miri.
Kebakaran tersebut telah terbakar 90 peratus dan kebakaran berlaku pada jam 8.13 pagi tadi.
Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal jenis dua tingkat.
“Pihak bomba memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air dari pili dan seramai 17 anggota yang terlibat bagi membantu memadam kebakaran.
“Status operasi pemadam terkini anggota sedang melakukan ‘overhaul’ bagi memastikan kebakaran padam sepenuhnya,” jelasnya.