Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

133 pelajar Sarawak antara mahasiswa baharu UKM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Okt : Seramai 133 pelajar dari Sarawak merupakan antara 4,363 pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2021/2022.

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd. Ekhwan Toriman berkata, mereka akan mengikuti pelbagai program pengajian di 13 fakulti universiti berkenaan.

Mohd. Ekhwan berkata, pada tahun ini UKM menerima sebanyak 43,230 pemohonan namun hanya 6,225 sahaja yang dipilih bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah dan Diploma Pascasiswazah.

” Proses pendaftaran tahun ini dibuat secara dalam talian bermula 1 hingga 7 Oktober lalu. Minggu suai kenal dan pengenalan kepada universiti dan fakulti juga dibuat secara maya selama lima hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Minggu Suai Kenal UKM Sidang Akademik 2021/2022 baru – baru ini.

Sementara itu, UKM juga akan mengadakan majlis sambutan di lapangan terbang antara 15 hingga 17 Oktober ini untuk menyambut kehadiran pelajar – pelajar dari Sarawak.

Dalam pada itu, berhubung isu ranking universiti terbaik dunia, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Mohammad Kassim berkata, UKM kini menyasarkan untuk muncul sebagai 100 universiti terbaik dunia.

” Kita berharap dapat berada pada kedudukan berkenaan. Ketika ini UKM masih kekal sebagai lima universiti tempatan yang berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia berdasarkan QS World University Rankings 2022,” katanya.

Berdasarkan ranking baharu QS, UKM kini berada di kedudukan 144 terbaik dunia, 32 terbaik Asia dan kelima terbaik di Asia Tenggara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan