Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RINGKASAN GLOBAL 08/10/21

ByOdleen Catherny

1.Singapura dan Korea Selatan sepakat untuk melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL), untuk mereka yang lengkap vaksin COVID-19, bermula dari 15 November 2021, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura. VTL yang bakal dilancarkan bersama itu akan menjadi yang pertama seumpamanya untuk dua hab penerbangan utama Asia berkenaan dan mengukuhkan lagi hubungan yang sejak sekian lama terjalin dalam merancakkan kembali perjalanan udara rentas sempadan serta aliran perjalanan rakyat.

2.Pandemik COVID-19 terus mencetuskan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda di Thailand, kerana penilaian kesihatan mental terbaru menunjukkan sebilangan besar remaja menghadapi tekanan, rasa gelisah dan kemurungan. Menurut kenyataan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Thailand penilaian itu mendapati 28 peratus remaja mengalami tekanan tahap tinggi, 32 peratus berisiko mengalami kemurungan dan 22 peratus berisiko membunuh diri.

3.Dialog Russia-Amerika Syarikat (AS) mengenai peluru berpandu dan kestabilan strategik memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang bermakna dalam perkara ini, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov pada Rabu. “Ia memerlukan usaha bersungguh menjelang dialog Russia-Amerika dalam bidang ini supaya dapat kembali ke landasan yang mampan, bagi mencapai keputusan yang bermakna yang akan dapat mengukuhkan keselamatan nasional dan kestabilan strategik di dunia.

4.Jabatan dasar pengguna bagi Kerajaan Wilayah Tokushima sedang mempromosikan inisiatif untuk pentadbiran dan pendidikan pengguna dengan kerjasama Ibu Pejabat Strategik Agensi Hal Ehwal Pengguna bagi Perbatasan Dasar Pengguna, sebuah badan kerajaan Jepun yang ditubuhkan di Wilayah Tokushima sebagai sebuah hab nasional bagi pembangunan dasar dan operasi antarabangsa di dalam pentadbiran pengguna. Forum Pengguna Antarabangsa Tokushima 2021, yang dianjurkan oleh Kerajaan Wilayah Tokushima, mengumpulkan pegawai-pegawai dari Agensi Hal Ehwal Pengguna Jepun dan pakar-pakar dalam isu-isu pengguna dari Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara ASEAN untuk membincangkan mengenai masalah dan penyelesaian pengguna bagi memudahkan proses membina sebuah masyarakat lestari memandangkan pandemik Covid-19 yang berterusan dan kemajuan masyarakat digital.

5.Bekas menteri luar Malaysia Tan Sri Syed Hamid Albar menyambut baik kesediaan Malaysia membuat pertimbangan untuk mengadakan dialog dengan Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar (NUG) sekiranya junta tentera yang berkuasa terus mengabaikan konsensus lima perkara yang dipersetujui oleh ASEAN. Namun, beliau mengingatkan bahawa langkah itu tidak seharusnya menjejaskan hubungan dengan junta yang mentadbir negara itu.

SUMBER : BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan