Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
pandelela rinong piala dunia fina 2021

Pandelela Rinong kini bergelar Dato

KUCHING, 9 Okt : Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran “Dato” sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Selain Pandelela, 17 individu lain yang turut menerima anugerah sama adalah Senator Zaiedi Suhaili, Senator Dr Nuing Jeluing serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata.

Dalam perkembangan sama, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran “Datuk Amar”.

Turut menerima darjah kebesaran sama ialah bekas anggota Kabinet Pertama Sarawak Allahyarham Datuk Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Sementara itu enam penerima dianugerahkan darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Seri” iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Tiga lagi penerima PNBS ialah Peguam Besar Sarawak Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengasas KKB Engineering Berhad Datuk Kho Kak Beng.

Dua penerima dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran “Datuk” iaitu Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol dan Pengarah Urusan syarikat kumpulan Shin Yang James Ling Lu Kiong.

Seramai 13 penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ termasuk Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Kameri Affendi dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Edwin Abit.

Selain itu, pingat Johan Bintang Sarawak dianugerahkan kepada tujuh penerima, Johan Bintang Kenyalang (16), Johan Perkhidmatan Cemerlang (4), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (18), Pegawai Bintang Sarawak (44), Pegawai Bintang Kenyalang (101) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (177).

Pingat Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 253 penerima, Ahli Bintang Kenyalang (155), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (260) dan 251 menerima Bentara Bintang Sarawak.

—BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan