Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki tidak serik menyamar polis diberkas lagi

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 9 Okt : Seorang pekerja hotel diberkas polis selepas didapati memiliki pelbagai barangan yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipercayai terlibat dengan beberapa kegiatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya , Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian Khamis lalu, sepasukan anggotanya telah membuat pemeriksaan di rumah suspek yang berusia 40 tahun itu di Kampung Klang Gate Bharu di sini.

Katanya, pemeriksaan terhadap lelaki itu menemukan dokumen yang menyerupai kad kuasa polis.

” Pemeriksaan lanjut dalam rumahnya pula menjumpai satu vest warna hijau tertera tulisan Polis, sehelai baju butang polis lelaki , sehelai seluar panjang polis, sebilah pedang samurai panjang , unit lencana Integriti Amalan Kita, collar badge dan pelekat PDRM,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai 19 rekod jenayah lampau sejak lebih 21 tahun lalu melibatkan pelbagai kesalahan seperti dadah, pecah rumah, samun dan juga pernah menyamar sebagai polis.

Suspek yang juga mempunyai dua anak itu kini direman selama empat hari bermula semalam manakala ujian air kencing mendapati dia turut positif dadah jenis methamphetamine.

“Berikutan penahanannya, polis yakin dapat menyelesaikan empat kes jenayah iaitu satu di Ampang dan tiga di Gombak,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan