Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Industri sukan mampu jana pendapatan diri -KBS

ByBernama

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini sedang fokus dalam menggalakkan orang ramai untuk menceburkan diri dalam industri sukan yang diyakini mampu memberi masa depan cerah kepada mereka.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata usaha yang turut disambut baik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu secara tidak langsung dapat membantu menjana pendapatan diri serta merancakkan pembangunan ekonomi negara.

“Dalam aspek sukan, saya sentiasa sarankan (kepada) atlet ternama sekarang adalah masa sesuai ‘monetize’ dengan satu jenama yang boleh bawa keuntungan kepada diri mereka dan sukan yang mereka wakili.

“Malah saya juga mahu mendorong bekas atlet serta golongan belia yang masih menganggur agar turut serta terlibat dalam bidang perniagaan di dalam industri sukan yang sebenarnya berpotensi untuk berkembang dan seterusnya dapat menjamin kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di sini.

Beliau pada masa sama percaya kebajikan para atlet termasuk bekas atlet mampu terbela sekiranya industri sukan dapat menjana pendapatan besar buat negara di masa depan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan