Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ADUN Sindumin keluar Parti Warisan dan sokong Kerajaan GRS

Oleh : Ammierul Mukminin  

KOTA KINABALU, 9 Okt : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, menamatkan spekulasi selepas beliau mengumumkan bahawa beliau sudah membuat keputusan untuk keluar daripada Parti Warisan Sabah dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong penuh Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).  

“Saya mengisytiharkan pada hari ini hasrat saya untuk menjadi ADUN Bebas di Sabah yang menyokong kerajaan yang ada pada hari ini dan melepaskan keahlian saya dan semua jawatan dalam Parti Warisan Sabah,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

 Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang media yang diadakannya di Kota Kinabalu.  

Keputusan itu dibuatnya secara peribadi untuk menstabilkan keadaan politik di Sabah selain melaksanakan agenda pembangunan, terutamanya di kawasannya dalam daerah Sipitang.  

“Keputusan saya dibuat berdasarkan pertimbangan dan kewarasan untuk memberi fokus dan kerjasama kepada kerajaan dan juga jabatan dan agensi kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kepada rakyat yang saya wakili, terutamanya di kawasan N35 Sindumin demi pembangunan daerah Sipitang,” katanya lagi.  

Sementara itu, beberapa individu dari Parti Warisan Sabah turut secara sukarela menyertai beliau sebagai ahli-ahli jawatankuasa bahagian untuk sama-sama berjuang demi daerah Sipitang. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan