Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Buda Anchah, Dr Malvern bakal terima insentif kerajaan Sarawak

KUCHING, 8 Okt : Atlet bina badan veteran Sarawak, Buda Anchah dan Dr Malvern Abdullah bakal menerima insentif dari kerajaan negeri Sarawak di atas pencapaian mereka baru-baru ini merangkul pingat perak di pentas antarabangsa.

Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata bentuk dan nilai insentif akan diumum sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Mereka adalah wira kita yang akan menyuntik semangat dalam bidang sukan di Malaysia terutamanya atlet kita di Sarawak ini.

“Mereka telah mengharumkan nama Bumi dan saya harap mereka akan meneruskan legasi dalam acara ini setelah bersara kelak,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sempena menyambut kepulangan dua wira berkenaan, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Buda Anchah merangkul 3 pingat perak dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan sejak 1 Oktober lepas sehingga 7 Oktober 2021.

Pingat-pingat itu adalah dari kategori Master ( berumur 40 – 49 tahun), kategori atas 70 kilogram dan juga kategori campuran bersama Meilaura Dora Jimmy.

Sementara, Dr Malvern meraih satu pingat perak untuk kategori 60 kilogram dalam kejohanan yang sama.

Dalam pada itu, Buda Ancah ketika ditemui menzahirkan rasa syukur setelah selamat kembali ke tanah air selain membawa pulang kemenangan.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Snowdan Lawan kerana sudi membuat satu sambutan meskipun dalam keadaan pandemik.

“Kejayaan ini adalah kejayaan untuk Sarawak,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan