Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Vaksin beri manfaat kepada masyarakat

KUCHING, 7 Okt: Satu-satunya harapan kita untuk kembali kepada tahap wabak Covid-19 yang terkawal adalah melalui program vaksinasi.

Pelaksanaan vaksin Covid-19 akan memberi manfaat jangka panjang kepada negara dalam usaha mengembalikan semula kegiatan ekonomi yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat terutamanya.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr Eunice Melissa, vaksin merupakan ikhtiar untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Bukan sahaja melindungi diri daripada virus covid-19, vaksin juga mampu untuk melindungi masyarakat di sekeliling kita di samping mengurangkan risiko mendapat kesan penyakit yang lebih teruk..

“ Vaksin memastikan kita tidak dijangkiti dan memastikan kita tidak menjangkiti orang lain,” ujarnya ketika di temui pihak TVS.

Tambahnya lagi, keberkesanan vaksin ini telah terbukti apabila pesakit yang dijangkiti Covid-19 di negara kita kebanyakannya hanya di dalam kategori 1 dan 2 sahaja.

Dalam pada itu, Dr. Eunice menyeru masyarakat yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19 supaya segera mendapatkkan suntikan vaksin terutamanya golongan yang berisiko tinggi.

Katanya, ia adalah tanggungjawab kita untuk melindungi diri dan golongan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin covid-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByKhairil Zharif Affindie-
ByKhairil Zharif Affindie-
ByKhairil Zharif Affindie-