Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pencarian Bot Okinawa ditamatkan, pencarian kes kedua diteruskan

ByFebbright James

KUCHING, 7 Oktober: Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) dan beberapa agensi lain terus giat melakukan pencarian lima mangsa bot hilang bagi kes kedua di Telaga Air.

Bot yang dinaiki lima pemancing ini dilaporkan tidak pulang pada 3 Oktober lepas setelah pergi ke tempat yang dituju iaitu Karang Berumput dan sehingga Tukun Bass , 9.3 batu nautika dari Santubong.

Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, pencarian hari ini melibatkan 11 aset pasukan penyelamat dan 110 anggota termasuk Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Polis Diraja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Sarawak Coast Guard (SCG) dan lapan buah bot pancing komuniti maritim serta pencarian dilakukan dalam lingkungan 526 batu nautika.

“Setakat jam 10.30 pagi, pasukan penyelamat belum menjumpai sebarang petunjuk baru melainkan penemuan boya berwarna oren yang dijumpai pada hari pertama pencarian pada 3 Oktober kira-kira 34.5 batu nautika barat laut Muara Sungai Santubong.

“Pencarian hari ini akan menemui sebarang penunjuk berkenaan lokasi lima mangsa terlibat,” katanya pada satu sidang media di Jeti Telaga Air hari ini.

Sementara itu, operasi carilamat bagi kejadian Bot Okinawa karam telah ditamatkan pada jam 8.00 malam , 6 Oktober 2021.

Hal ini berikutan penemuan mangsa terakhir Awang Omar Awang Hamsawi yang berusia 59 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung pada kira-kira jam 5 petang pada Rabu.

Bangkai kapal Okinawa yang membawa 10 penumpang yang karam berdekatan Pulau Satang Besar pada Jumaat telah ditemukan Pasukan Mencari Dan Menyelamat.

Kemudian, bangkai kapal telah berjaya ditunda masuk ke kawasan jeti Telaga Air sekitar pukul 2.00 petang rabu dengan bantuan kapal nelayan.

Bot ditemukan lebih kurang 14 meter di lokasi terakhir bot tersebut dilaporkan karam.

Komuniti maritim dinasihati untuk membatalkan niat ke laut buat masa sekarang berikutan cuaca yang tidak menentu terutama musim Monsun Timur Laut yang bermula Oktober.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan