Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pampasan dibayar, tiada pengambilan tanah secara percuma

KUCHING, 7 Okt: Kerajaan tidak mengambil tanah secara percuma tetapi mengikut undang-undang dengan membayar pampasan yang berpatutan, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar awang Tengah Ali Hasan.

Katanya, tanah-tanah milik penduduk yang telah digunakan untuk tujuan pembangunan akan dibayar pampasan yang berpatutan mengikut undang-undang selaras dalam peruntukan Kanun Tanah Negeri (Bab 81) dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. 

“Kerajaan perlu mengambil balik tanah untuk melaksanakan projek infrastruktur dan utiliti untuk kepentingan awam dan memberi nikmat secara langsung kepada rakyat seperti menyediakan prasarana dan infrastruktur yang lebih sempurna kepada rakyat.

“Kerajaan tidak mengambil tanah secara percuma sebaliknya tanah yang diambil itu berdasarkan peruntukkan sedia ada dalam kanun tanah negeri bab 81 dan perkara 13 perlembagaan persekutuan iaitu tiada seorangpun boleh melucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan kedua tiada undang-undang yang memperuntukkan pengambilan atau penggunaaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais pada Majlis Penyerahan Pampasan Tanah bagi Projek ‘Matang High Level Resevoir and Associated Pipeline’ di sini hari ini.

Projek berkenaan melibatkan pembinaan dan penyiapan Takungan air (Mid-Level) dengan kapasiti 100ML, Takungan air (Upper Level) No.2 dengan kapisiti 9ML, naik taraf Stesen Pam Penggalak di Matang & Batu Kitang WTP, sistem perpaipan dan kerja-kerja berkaitan.

Tambahnya, pelaksanaanya bertujuan menampung permintaan bekalan air semakin meningkat di Bahagian Kuching khususnya di Kawasan Kuching Utara terutama di Santubong, Buntal, Bandar Baru Semariang, Petra Jaya, Kampung Rampangi, Pasir Pandak, Demak Laut, Kampung Bako, Muara Tebas, Port Senari.

Ia juga merupakan usaha kerajaan melalui Lembaga Air Kuching dalam memastikan bekalan yang bersih dan terawat dapat dibekalkan diseluruh bahagian Kuching  sejajar dengan inisiatif kerajaan yang mensasarkan bekalan air terawat  dapat dilaksanakan menjelang 2025.

Pada majlis berkenaan, seramai 24 individu menerima pampasan tanah bagi projek bekalan air daripada kerajaan negeri yang berjumlah lebih RM24 juta.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan