Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih RM1 juta peranti kesihatan tidak berdaftar dirampas

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Okt : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan serbuan terhadap satu syarikat yang menjual peranti perubatan tidak berdaftar di Shah Alam semalam.

Menurut Ketua Eksekutif MDA, Ahmad Shariff Hambali, nilai keseluruhan produk yang dirampas dianggarkan melebihi RM1 juta melibatkan peranti seperti pelitup muka perubatan, oximeter dan kit ujian kendiri COVID-19.

Ujarnya, modus operandi syarikat berkenaan ialah menjual peranti-peranti itu secara dalam talian serta membekalkan kepada syarikat -syarikat pengedar lain.

” Syarikat berkenaan didapati telah melanggar Seksyen 5(1), Akta Peranti Perubatan 2021 (Akta 737) iaitu meletakkan peranti perubatan tidak berdaftar dalam pasaran yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5(2) Akta 737,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya, akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM200 000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.

Pada masa sama, Ahmad Shariff menasihatkan orang ramai supaya menyemak status pendaftaran sesuatu peranti melalui laman sesawang mdar.mda.gov.my manakala aduan berkaitan produk tidak berdaftar boleh disalurkan kepada KKM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan