Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerangka wanita purba ditemui di Indonesia menjelaskan keturunan manusia yang hilang

JAKARTA, 7 Okt: Ahli arkeologi telah menemukan kerangka mayat manusia berusia 7,200 tahun dari Indonesia yang memiliki “alur keturunan manusia yang berbeza” yang tidak pernah dijumpai dalam sejarah arkeologi.

Menurut laporan The Independent, kerangka fosil seorang remaja berusia lingkungan 17 tahun, dikebumikan dalam kedudukan janin di Leang Panninge, di sebuah gua batu kapur di Sulawesi Selatan.

Penemuan kerangka berusia 7,200 tahun (Kredit: The Jakarta Post)

Kerangka tersebut adalah dari orang Toalean iaitu tamadun awal pemburu-pengumpul di wilayah ini dan yang pertama diketahui.

“Ini adalah kali pertama penemuan DNA manusia purba dari wilayah pulau yang luas diantara daratan Asia dan Australia dilaporkan,” kata Adam Brumm, ahli arkeologi di Pusat Penyelidikan Manusia untuk Evolusi Manusia di Universiti Griffith di Brisbane, yang bersama-sama mengetuai penyelidikan tersebut.

Rahang dan gigi tidak dimamah usia (Kredit: The independent Post)

Brumm merujuk pada daerah dari Kalimantan dan Lombok sehingga ke hujung barat Papua yang dikenali sebagai Wallacea.

Lokasi tempat kerangka ditemui

Para penyelidik mendapati penggalian itu sangat mencabar kerana DNA mudah terhakis dan rapuh di kawasan iklim tropika.

“DNA manusia kuno di kawasan tropika lembap adalah sangat jarang ditemui – itulah sebabnya penemuan ini sangat bertuah,” kata Brumm.

Analisis DNA mendapati bahawa wanita itu adalah sebahagian daripada kumpulan populasi yang berkaitan dengan orang Papua moden dan Orang Asli Australia.

Walau bagaimanapun, genom juga dikaitkan dengan keturunan manusia yang sebelumnya tidak diketahui yang tidak terdapat di tempat lain di dunia.

Penemuan terbaru ini mencabar teori-teori sebelum ini mengenai masa kedatangan pelbagai kumpulan manusia di rantau ini.

“Ini menunjukkan betapa sedikitnya kita memahami tentang kisah awal manusia di kepulauan Wallacean di Indonesia,” kata Brumm.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan