Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID: 9,890 kes baharu hari ini, kumulatif kes 2,313,727

ByBernama

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 9,890 kes direkodkan setakat tengahari hari ini, berbanding 9,380 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,313,727.

Beliau berkata Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,413 kes diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Pahang pula mencatatkan 564 kes, Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250), Perlis (200), Negeri Sembilan (180), Putrajaya (59) manakala tiada kes di Labuan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 55 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 50 peratus katil bukan ICU.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan